Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum
memandangkan peperiksaan PT3 , SMA ,SPM
semakin hampir ,disini PRS ingin titipkan sedikit tips berlajar saat
akhir.. moga ianya bermanfaat buat kita semua terutamanya calonPT3 yang
akan duduki peperiksaan kurang dari 2 minggu ini .
tips ini bukan sahaja untuk calon SPM sahaja ya!!
1. Muhasabah diri. Ada orang yang
mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau
sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda
berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah
tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda
dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu
gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia
berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini
memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila
berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting
gunakan saat akhir ini
2. Jangan putus asa. Selagi kertas
soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika
sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa.
Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang
ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa
untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang
ada.
3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau
terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun
pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham seseorang akan
terus tidur sebab tak faham, tetapi sepatutnya dia haruslah tidak tidur
dan terus tukar ke topik lain, jangan memaksa diri dengan apa yang
tidak faham.
4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua
orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game,
dengar muzik, main Facebook, Instagram , Twitter , Wechat , main internet dan tengok tv pada masa ini.
Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh
itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan
memahami pelajaran.
5. Jaga kesihatan diri. Biasanya
waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku.
Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang
akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti
akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak
sepatutnya.
6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu
diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat
membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya
akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun
lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.
7. Belajar bijak. Jika nak baca satu
buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan
apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada
soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan
kepada tajuk yang boleh buat.
8. Buang rasa nak habis semua dan cepat.
Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa
pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit,
kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham.
Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab
sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab
langsung nanti.
Semoga berjaya ya semua kami ..
dengan doa , usaha , ikhtiyar dan tawakal insyaAllah kejayaan milik kita..
No comments:
Post a Comment