ASSALAMUALAIKUM kepada semua pembaca blog prs .. harini PRS ingin berkongsi tentang teknik membuat peta minda..
PETA MINDA
Contoh peta minda yang menarik
- Mulakan imej / simbol / tajuk utama di tengah
- Keluarkan garisan tebal
- Perkataan / isi penting yang jelas ditulis " di atas " garisan atau di dalam simbol
- Garisan bersambung mengikut kelompok
- Fakta boleh ditulis di atas garisan-garisan bersambung
- Garisan di dalam kelompok yang sama terus dikembangkan / dicabangkan
- Gunakan kata kunci yang ringkas, padat dan jelas
- Warnakan peta minda dengan warna yang berlainan
- Lakarkan dengan bebas dan dikemaskan
MENGAPA MENGAMBIL NOTA
- Sebagai rekod peribaDi untuk pembelajaran pelajar
- Nota dapat memberi bantuan di dalam mengingat idea penting di dalam pembelajaran
- Tugasan biasanya diberi di dalam kelas dan menjadikan nota sebagai sumber rujukan
- Nota sebagai sumber maklumat tunggal selepas guru mengajar
- Pengajaran guru adalah penting untuk peperiksaan maka, mengambil nota adalah penting
- Pemebalajaran akan menjadi jelas melalui nota yang dicatat dengan baik
- Mengingat dan melaksanakan pesanan guru
- Membantu menyusun bahan atau maklumat yang kompleks
- Memudahkan menyelesaikan laporan secara lisan atau tulisan
- Memudahkan pelajar menghadapi ujian
- Membantu memahami dan mengingati maklumat yang dibaca
- Membantu melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru
- Baca buku teks selama 15 minit atau 2-3 halaman
- Tutup buku dan cuba tulis semula apa yang anda ingat
- Semak semula buku teks dan catatkan seringkas dan pastikan agar isi penting tidak tertinggal
- Susun nota mengikut susunan yang betul
- Setelah nota siap dibuat, pelajar hendaklah membacanya berulang kali supaya ianya menjadi ingatan jangka panjang
- Hiaskan nota yang telah dibuat supaya menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana, nota yang cantik biasanya diminati oleh pembacanya
- Paparkan nota yang telah dibuat ditempat yang sesuai dan mudah dilihat
- Perbaiki nota-nota jika dirasakan perlu
- Ringkaskan nota-nota yang telah dibuat supaya mudah diingati. Gunakan kaedah mengingat yang sesuai dan menarik
- Tumpukan kepada mendengar dan menulis
- Merekod dan mengenalpasti maklumat
- Menyusun bahan yang didengar / dibaca
- Menghubungkait antara fakta Memberikan tumpuan kepada isi-isi penting
- Mencatat isi penting dengan perkataan sendiri
- Menggunakan kata kunci, simbol, kata singkatan dan lain-lain
- Mengemaskini dan menokok tambah
- Mengandungi isi-isi penting sahaja
- Terang, kemas, dan mudah dibaca
- Buku catatan khas mengikut mata pelajaran Menggunakan ayat sendiri dalam bentuk point
- Menggunakan ayat ringkas yang mudah difahami
- Gunakan pen pelbagai warna agar nota lebih menarik
No comments:
Post a Comment