BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
KEBAIKAN BERSEDEKAH ;)
Menungan saya semakin panjang. Selepas itu, Ustaz Yusuf kongsikan lagi mengenai kebaikan sedekah, yang membuatkan saya menangis tersedu-sedu.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
KEBAIKAN BERSEDEKAH ;)
#1 – Mendatangkan Keampunan Allah
Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri, “Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”
Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya. Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.
Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati, ‘Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah. Aku mohon, ampunkan dosa-dosaku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’
Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri, “Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”
Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya. Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.
Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati, ‘Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah. Aku mohon, ampunkan dosa-dosaku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’
#2 – Mengundang Penambahan Rezeki
Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan.
Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai. Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.
Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!
Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan.
Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai. Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.
Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!
#3 – Menyembuhkan Penyakit
Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.
Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.
Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).
Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!
Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.
Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.
Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).
Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!
#4 – Menolak Bala
Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.
Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.
Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.
Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.
#5 – Memanjangkan Umur
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Riwayat Bukhari
Alangkah indahnya apabila hati kita bersih daripada sikap sombong, takbur dan bangga diri. Semoga dengan sedekah kita, ia menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati ini, pada ketika Tuhan rezekikan kita umur yang panjang. Amin.
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Riwayat Bukhari
Riwayat Bukhari
Amalan Memakan Buah Buahan
Makanlah buah oren (limau), kerana iamengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran
Makan lah buah anggur satu persatu (sebiji demi sebiji)kerana cara ini lebih berkhasiat
Makanlah buah terung dan banyakkan memakannya . Barangsiapa yang memakannya sebagai penyakit , maka baginya ia adalah penyakit. Dan siapa yang memakannya sebagai ubat maka baginya ia adalah ubat.
Jika Allah mempunyai pohon yang lebih ringan daripada peria , maka sesungguhnya Dia s.w.takan membuatnya untuk nabi Nuh a.s . peria baik untuk kencing manis ,darah tinggi , demam panas, masalah hati , anti tumor, melawas buang air besar, reumatisma,asam , membunuh cacing dalam perut dan usus serta masalah wanita
Jika antara kamu ada yang membuat sup (kuah), dianjurkan supaya dimasukkan labu kedalamnya kerana sesungguhnya in menambahkan fikiran dan akal
Makanlah buah buahan diawal musim kerana ia menjana kesihatan kepada kita dan menghindari dari penyakit . Akan tetapi hindarilah buah buahan di hujung musim kerana ia membawa penyakit kepada badan
Tidak mengambil makanan makanan yang masam seperti jeruk dan epal hijau
ASSALAMUALAIKUM...KINI KAMI KEMBALI DENGAN TAZKIRAH YANG BARU BERSESUAIAN DENGAN MEREKA YANG MENCARI PENYEBAB KEPADA MENGAPA SUATU KEJAYAAN ITU KITA MASIH TIDAK KITA KECAPI.
Kadangkala kita sudah berusaha bersungguh-sungguh...amalan kita juga tidak ketinggalan,sentiasa berusaha melakukan sebanyak amalan yang boleh tika masa senggang.Maka...di manakah silapnya???
Nak dikatakan tidak beradab dengan guru,kita sentiasa menghormati tenaga pengajar kita dan sehabis baik menjadi pelajar yang baik buat pengajar kita.Jika mahu kata tidak beradab kepada kedua ibu bapa,setiap pagi sebelum pergi menuntut ilmu kita sebolehnya meminta izin kedua ibu bapa kita juga mencium tangan mereka bagi meminta doa.
Jadi mari kita lihat perjalanan hidup kita dari celik mata sehingga pejam semula...tolak waktu semasa kita bersama pengajar,bersama ibu bapa,solat,rehat,tandas dan lain-lain.Jika kita perasan pada zaman kini,orang yang terdekat dengan kita dan mudah mempengaruhi kita juga banyak meluangkan masa dengan kita merupakan SAHABAT.Tanpa kita sedar kerana kita rapat dengan mereka juga sudah biasa dengan kehadiran mereka di sisi kita maka kita tidak sedar bagaimana perlakuan kita di sekeliling mereka juga tidak mengawal percakapan kita ketika bersama mereka.
Oleh yang demikian,hendaklah kita sedar bahawasanya sahabat kita itu juga merupakan seorang insan yang mempunyai perasaan sama seperti manusia yang lain.Mungkin kerana mereka rapat dengan kita maka mereka tidak berkata apa-apa.Namun begitu,kita tidak sedar apa yang ada di dalam hati mereka,kemungkinan mereka terasa dengan kita oleh itu sudah menjadi suatu dendam tanpa kita sedar.
Oleh itu,hendaklah kita jelas bahawa setiap manusia di dunia ini tidak kira islam mahupun tidak mempunyai hati yang lemah pada satu-satu masa.Dengan itu,hendaklah kita menjaga hati mereka pada setiap masa dan mengawal perlakuan juga percakapan kita tidak kira dimana jua kita berada.Moga tazkirah ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada mereka yang masih 'lost' dan tertanya-tanya.
Hai kawan-kawan, luangkan masa korang untuk baca tazkirah ini, alah tak lama pun, kalau lama pun apa salahnya bukan buang masa pun, Ingat!!! bila tiga hari tak isi diri dengan nasihat mesti hati akan timbul satu titik hitam, dan titik hitam tu lah yang akan dekatkan diri dengan maksiat
CINTA itu Fitrah atau Kemahuan?
Adakah cinta itu fitrah?
Terus-terang saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah berkenaan isu CINTA. Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing, tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.
Sepanjang saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni. Haish….Tension gakla, serius...
Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam, bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.
Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup memalukan. Kalau nabi tengok umat hari ni, memang nabi nangis teresak-esak…..
Semuanya hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:
“Apa salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”
So, saya nak kemukakan satu persoalan:
“Adakah cinta itu fitrah?”
Di sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!
APA ITU FITRAH?
Firstly, saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah salah faham. So, fitrah tu?
“Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”
Contoh sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:
“Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat, yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”
So, setakat ni, faham makna fitrah?
FITRAH PERLU DI URUS!
Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually, FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!
Saya bagi contoh.
Marah.
Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?
Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur, dia jawab:
“Apa salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”
Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!
Umar Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.
Sebab tu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.
CINTA TU FITRAH?
Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!
Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…
Cinta ada banyak.
Cinta Allah. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya, kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani buat maksiat, kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.
Itu kalau kau betul cinta Allah!
Cinta rasul. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah baginda!!
Itu kalau kau betul cinta rasul!
Banyak lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.
Tapi, kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!
Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush, belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!
Pastu, gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi, minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik gila!!
Pastu guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?
Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai kawan!
"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"
Apa ke gerun alasan macam ni?
Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!
“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”
(Ibn Qayyim)
Kau rasa, adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah.
"Aku tak couple, aku just bercinta!"
Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!
KESIMPULAN
Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!
Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..
Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan...
Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:
“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”
Maka, ingatlah pesanan ini:
“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….
Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”
Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?
Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!
Wallahua’lam.
Cabaran Dalam Kehidupan Untuk
BERUBAH
Jikalau lihat gambar di atas pasti sudah kita ketahui, orang yang baik akhlaknya belum tentu dia boleh jadi baik hingga ke akhirnya. Mungkin tahkta gelaran orang yang soleh itu akan dimiliki oleh sang pembuat dosa tanpa noktah. Jangan risau wahai sang pembuat dosa #tanpanoktah diluar sana kerana mungkin di mata orang kamulah yang mencampur arang di muka bumi ini, akan tapi Allah itu Maha Pemberi Hidayah buat hambanya. Dan Jangan selesa wahai orang yang mengatakan dirinya itu baik akhlaknya kerana mungkin dengan sedikit ujian Yang Maha Esa hati engkau sudah goyah dan jalan yang berselirat yang akan engkau pilih bukan lagi jalan yang lurus, Istighfar balik wahai kalian di luar sana.
Itulah namanya cabaran dalam kehidupan ini. Memang sukar bagi kita yang usia sentisa meningkat ini, yang sentiasa meraikan hari jadi dengan meriah tanpa sedari maut menanti ini untuk berubah, Semua orang mampu berubah, hanya kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Insya Allah, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan permudahkan urusan kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.
“Susahnya nak jadi baik ni…..”
“Saya dah cuba, TAPI……”
“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”
“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”
Pelbagai alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Bukan untuk mengatakan yang alasan yang sering dilontarkan oleh mulut kita ni SALAH. Mungkin dari sudut yang lain, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut? Ni bukan lagi lasan ini namanya Propaganda diri, PENIPUan yang kita lontarkan.
Tu persoalannya.
Hidup ini memang mudah untu katakan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.
Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.
So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.
Moga kita dapat amal!
****
1) MELAZIMI TAUBAT.
Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.
Sebab tu kena TAUBAT!
Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.
Saya ulang:
“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”
Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau Gigi kita yang kita guna untuk kunyah makanan, kalo banyak kita kunyah banyak kali pastu kita berus lepas dah makan Insya Allah akan bersih kalau kita berus, Tapi bila makan, kunyah pastu tak berus confirm letak kulit pisang dekat sebelah mesti sama warnanya.
Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)
”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)
“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)
Amacam? Bolehkan?
2) JAGA SOLAT 5 WAKTU
Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi cc main game sampai tak ingat dunia,pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun. Tak lama pun 5 hingga 10 minit, 5 kali sehari je bro. Berjam-jam yang lain apa yang nak dibuat, buatlah aslakan tak langgar perintah agama.
Serius, kalau orang tanya saya:
“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”
Saya akan jawab:
“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”
Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:
“Jaga solat!!”
Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.
3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.
Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.
Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!
Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.
Kata seorang penyair:
“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”
Sahabat ni terbahagi kepada dua.
a)Ada yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!
Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:
“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)
Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:
“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”
Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:
“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”
Bak kata pendak wah muda negara kita yang tak asing lagi, Dai' Fuad:
“Biarpun diri kita ni tegur kawan kita sampai dia nak putuskan persahabatan dengan kita sebab kat situ baru kita tahu mana kawan, mana bukan kawan. Ingat kita hilang satu kawan disebabkan kita tegakkan kebenaran, Insya Allah, Allah akan datangkan ramai kawan dekat kita”
Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!
Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.
4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.
Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.
Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.
Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.
Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.
Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.
Ini namanya “memanipulasikan syaitan”.
5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.
Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…
Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengar lagu Zayn Malik, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!
“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”
Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kita baca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.
Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je. Setiap hari:
Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.
Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!
Sungguh!
And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?
Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:
"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."
Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.
***
So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…
“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”
(Arra’du ayat 13)
Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?
Wallahua’lam.
Jauhi Riak
PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.
"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan"
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.