KERJAYA JURUTERA KIMIA
Process Plant sumber
beliamuda.com
Khusus kepada lepasan matrikulai yang sedang runsing dengan
pilihan dan keputusan daripada Unit Penempatan Universiti atau UPU, sedikit
pendedahan tentang bidang kejuruteraan kimia dan bidang kejuruteraan secara
amnya. Diharap ia dapat membantu untuk membuat keputusan yang terbaik.
Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita betulkan sedikit
pandangan umum atau pemahaman masyarakat luar tentang bidang kejuruteraan kimia
ini. Ini merupakan pemahaman yang sama aku pegang semasa aku berada di
matrikulasi yang ingin melangkah ke alam universiti. Ia merupakan konsep yang
salah dan harus diperbetulkan. Ia adalah seperti berikut;
Pebetulan pertama;
Jurutera kimia (mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia)
tidak sama dengan
Ahli kimia (mengambil jurusan Sains Kimia)
Pembetulan yang kedua;
Kimia adalah subjek favourite saya di sekolah dan di
matrikulasi
Tetapi ia tidak menjamin kecemerlangan di universiti
Ini kerana,
Subjek kimia yang dipelajari sebelum ini merupakan asas
kepada kejuruteraan kimia.
99.9% yang korang akan belajar adalah bukanlah seperti
subjek kimia yang dipelajari di matrikulasi.
Namun jangan bimbang dan takut. Mempelajari ilmu
kejuruteraan kimia merupakan sesuatu yang sangat menarik jika anda seseorang
yang sukakan cabaran. Aku telah melalui 4 tahun pengajian ini dan merasakan
turun naik setiap subjek yang diajar dan pada tahun akhir dikumpulkan ke dalam
satu projek yang besar.
Pernahkah soalan ini diajukan kepada anda atau anda sendiri
yang bertanya soalan yang sama;
"Kejuruteraan kimia ni kerja kat mana nanti ek?
Tidak sama seperti kejuruteraan dalam bidang lain,
kejuruteraan terebut senang dilihat dan aplikasinya mudah dilihat dan dikaitkan
dengan benda yang kita nampak disekitar kita, contohnya;
Kejuruteraan awam - buat bangunan, pembinaan jambatan, rumah
dan lain-lain
Kejuruteraan eletrik dan eletronik - barangan eletrik,
komputer, laptop dan lain-lain
Kejuruteraan mekanikal - pembuatan enjin, kereta dan
lain-lain
Maka di mana letaknya bidang untuk jurutera kimia ?
#1 Industri Minyak dan gas
Ramai yang mengimpikan, setelah tamat pengajian kejuruteraan
kimia dapat bekerja dalam industri minyak dan gas. Nama PETRONAS (syarikat
swasta kerajaan Malaysia, menerajui industri minyak dan gas di Malaysia dan
beberapa negara luar) sangat sinonim di negara kita.
Kerjaya bidang kejuruteraan kimia dalam minyak dan gas
banyak diaplikasikan dalam pemprosesan minyak dan gas mentah yang digali dari
perut Bumi. Minyak mentah yang diperolehi perlu diproses, ditapis, dan
diagihkan mengikut penggunaan jenis minyak yang diperolehi. Ini antara kerjaya
kejuruteraan kimia yang agak mewah untuk pemegang ijazah srajana muda yang
biasanya gaji akan bermula sekitar RM 3000/bulan. Untuk syarikat antarabangsa,
seperti Schlumberger akan dibayar dalam US dolar, dan biasanya mendapat sekitar
RM 4500/bulan. (Gaji yang tertera ini hanyalah anggaran. Kemungkinan ia adalah
lebih daripada keadaan sebenar).
Selain kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum juga
merupakan jurusan khas yang kerjayanya menuju ke arah bidang ini juga. Anda
boleh Google sendiri universiti di Malaysia yang menawarkan kos ini di
Malaysia. (Setakat ini adalah UTP dan UTM)
#2 Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
Selapas mendapat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh menyambung
pelajaran ke peringkat Master (Ijazah Sarjana). Kini, terdapat dua jenis
program di universiti yang menawarkan peringkat Master ini;
Research Mode - Mengambil masa 2 tahun. Bertumpu penuh
kepada penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan. Tiada kelas yang
perlu dihadiri.
Mixed Mode (untuk universiti lain dipanggil coursework) -
Mengambil masa setahun. Perlu mendaftar untuk kelas dan menyiapkan projek
tambahan bagi setiap subjek di samping aktiviti penyelidikan dan penghasilan
journal penyelidikan seperti reasearch mode.
Setelah anda mendapat Master, anda boleh pergi ke bahagian
Research and Development (RnD) untuk syarikat besar ataupun pergi ke institusi
pembelajaran untuk pengajian diploma politeknik ataupun UiTM.
Ada juga kelayakan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan
tahap pendidikan sehingga ke ijazah sarjana. Namun (kini) di Malaysia, keadaan
ini masih belum sampai ke tahap kompetatif lagi. Syarikah juga masih cenderung
mengambil graduan ijazah sarjana muda berbanding ijazah sarjana.
Yang terbaru, Universiti Sains Malaysia menawarkan kursus
Master (Industri) yang membolehkan pengajian Master dibuat di tempat kerja
masing-masing.
#3 Peringkat Kedoktoran (PhD)
Untuk menyambung ke
peringkat PhD, anda perlu menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana
(Master) dengan jayanya dan menyambung ke peringkat kedoktoran. Bagi peringkat
PhD, ia hanya memerlukan minimum 3 tahun setengah untuk menamatkannya. PhD
tidak mempunyai jenis program seperti Master dan ia adalah penyelidikan dan
penghasilan journal penyelidikan sepenuhnya.
Setelah mendapat PhD, title 'Dr' akan berada bersama dengan
nama anda, dan anda boleh bekerja di bahagian Research and Development (RnD)
syarikat besar dan kerajaan ataupun menjadi pensyarah di universiti awam
ataupun swasta. Untuk pensyarah IPTA, minimum gaji yang akan diperolehi adalah
sebanyak RM 7000/bulan dan untuk pensyarah IPTS, lebih tinggi.
Tambahan, pensyarah di unversiti mendapat insentif tambahan
untuk setiap journal penyelidikan yang berjaya diterbitkan. Dan dalam
pengetahuan saya USM memberi imbuhan tambahan bagi setiap journal yang berjaya
diterbitkan. Kebiasaanya satu penyelidikan lengkap boleh menghasilkan 4 journal
penyelidikan.
Sama seperti Master (Industri), ada juga untuk peringkat PhD
iaitu PhD (indsutri) namun masih diperingkat awal.
#4 Industri kelapa sawit
Industri kelapa sawit adalah industri yang agak sinonim
dengan kejuruteraan kimia. Kejuruteraan kimia banyak terlibat dalam pemprosesan
semua produk yang boleh diperolehi daripada pokok kelapa sawit. Daripada
penghasilan baja, bahan kimia organik sehinggalah kepada bio-fuel. Bagi bahan
kimia organik ini merupakan bahan di peringkat pertengahan dan akan disalurkan
kepada syarikat yang memerlukan ia sebagai penghasilan produk yang boleh
digunakan seharian.
Info tambahan: Kepada yang suka berhujah mengenai bio-fuel
menggantikan minyak kereta; ia tidak boleh dipraktikan sehingga kini kos
pemprosesan bio-fuel sangat tinggi. Harga minyak bio-fuel tersebut lebih mahal
daripada RON97.
Contoh syarikat yang berkenaan adalah Sime Darby dan
Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB).
#5 Industri semikonduktor
Kebiasaannya industri ini selalu disinonimkan dengan
kejuruteraan eletrik dan eletronik. Sebenarnya, kejuruteraan kimia juga
mempunyai peluang kerjaya dalam bidang ini. Syarikat-syarikat memerlukan
kepakaran kejuruteraan kimia untuk keselamatan bahan kimia yang digunakan dalam
pemprosessan serta pembuangan sisa bahan kimia daripada pemprosessan tersebut.
Antara syarikat yang boleh dijadikan contoh adalah Intel,
AMD, Western Digital.
#6 Industri Pemprosesan Makanan dan farmasi
Untuk industri pemprosesan makanan, terdapat sedikit
persaingan antara kejuruteraan kimia dan kejuruteraan bio-kimia. Bagi
kebanyakan universiti, pembelajaran biologi telah diterapkan sedikit dalam
salah satu subjek pengajian, tetapi berbanding kejuruteraan bio-kimia, mereka
belajar lebih mendalam mengenai penglibatan mikrobiologi dalam pemprosessan
makanan. Dan bukan sahaja bidang pemakanan tetapi dalam bidang ubat-ubatan.
Antara syarikat contoh, Nestle, Vitagen, kilang ubat, Kilang
serbuk kari Allagappas, dan kilang sup bunjut Adabi.
#7 Industri pemprosessan bahan kimia dan gas
Indsutri pemprosessan bahan kimia dan gas boleh didapati
dalam banyak syarikat. Bahan kimia ini akan disalurkan ke syarikat-syarikat
yang memerlukan bahan kimia tersebut. Contohnya, bahan kimia yang akan dihantar
ke syarikat industri semikonduktor untuk penghasilan produk, bahan kimia dan
gas yang dihantar ke kilang produk kecantikan untuk menghasilkan krim Vaseline,
bahan kimia yang dihantar ke kilang yang menghasilkan plastik yang digunakan
sebagai kerusi dan meja makan gerai dan restoren, dan tong gas oksigen dan
nitrogen dihantar ke sekolah untuk membuat eksperimen kimia.
Contoh syarikat MOX (penghasilan gas)
#8 Jurutera (untuk semua bidang)
Secara amnya, jurutera boleh bekerja di mana-mana sahaja. Di
mana syarikat yang memerlukan jurutera kita boleh pergi menghadiri temuduga
yang diadakan. Terutaman kilang yang memerlukan kepakaran yang dipelajari oleh
kejuruteraan kimia dan pengetahuan am dalam bidang kimia. Contoh position
adalah seperti Project Engineer, Cost Engineer, Application Engineer dan Sales
Engineer. Apa yang benar-benar diperlukan hanyalah soft skill. Kerana setelah
anda menyertai syarikat/kilang tersebut, anda akan diperlukan untuk mempelajari
ilmu kejuruteraan dan teknologi yang lebih mendalam yang tidak terdapat di
mana-mana universiti.
Serta dalam bidang kerjaya ini komunikasi dengan bidang
kejuruteraan lain sangatlah penting. Contohnya dalam bidang pemprosessan
petroleum di #1
Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera mekanikal
untuk memastikan saliran paip dan pam berjalan dengan sempurna.
Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera eletrik
atau eletronik untuk sensor haba dan paras cecair dalam sesebuah tangki.
Dan jurutera kimia juga perlu berkomunikasi dengan jurutera
awam yang terlibat dalam pembinaan tangki baru supaya mengikut ukuran dan
piawaiannya.
Sumber http://ipai-ans.blogspot.my/2011/07/peluang-pekerjaan-dan-kerjaya-dalam.html?m=1
Apa Perbezaan Masuk Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.
Berikut dikongsikan perbezaan masuk matrikulasi, Asasi,
Tingkatan 6 dan Diploma buat panduan pelajar lepasan SPM yang dalam dilema
untuk memilih program pengajian tinggi yang terbaik buat mereka. Ingin
ditekankan yang kesemua program ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Pilihan terbaik adalah bergantung kepada apakah cita-cita kerjaya yang anda
ingini. Contohnya jika anda ingin menjadi jurutera pilihlah bidang pengajian
kejuruteraan.
Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA
Perbezaan Matrikulasi, Asasi, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA.
Berikut dikongsikan maklumat ringkas berkenaan dengan
perbezaan Matrikulasi vs Asasi IPTA vs Tingkatan 6 Vs Diploma. Bagi mereka yang
tidak pasti atau ragu-ragu pilihan pengajian yang terbaik, buatlah solat
Istikharah. Mohon kepada Allah dalam menentukan pilihan yang terbaik.
Tingkatan 6 (STPM)
Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan
Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu
dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik.
Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar
boleh membuat rayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh
KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan.
STPM adalah terbaik
berbanding program lain jika Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di
UA berkenaan hanya mengambil calon
lepasan STPM sahaja. Semakan program yang hanya untuk lepasan STPM boleh
disemak di epanduan UPU. Cara : Pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
dan klik STPM/Setaraf.
Kelebihan Tingkatan 6
Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :-
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di
antaranya adalah;
Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di
serata dunia.
Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan
mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana
yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer
subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira
ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus
matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat
hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six
ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah
kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak
matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian
bergantung ikut subjek.
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi
pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka
untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan
Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.
Matrikulasi KPM
terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan bidang
pengkhususan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan
Aliran Teknikal. Matematik Tambahan
adalah mata pelajaran wajib
untuk memohon semua bidang
pengkhususan Program Matrikulasi.
Syarat Kelayakan/ Kemasukan Matrikulasi
Bermula pengambilan pelajar baru sesi 2016/2017, berikut
adalah jadual syarat kelayakan
minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit.
syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran kemasukan
Matrikulasi
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) semester. Jurusuan
yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal
bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Contoh Jurusan
Sebagai conth, jurusan yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi
Johor (KMJ) adalah seperti berikut :-
Jurusan Sains
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi.
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer.
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer.
Jurusan Perakaunan
Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Matematik
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Tempoh pengajian adalah lebih lama iaitu empat (4) semester.
Jurusan yang ditawarkan pula adalah Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera
sahaja.
Nota
Pelajar PST boleh memohon pertukaran ke PDT di Kolej
Matrikulasi yang ditawarkan melalui
Pengarah Kolej.
Permohonan menukar
jurusan boleh di mohon di kolej masing-masing melalui Pengarah Kolej. Walaubagaimanapun ianya
bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains
kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan
pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan
kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah Bayaran Yuran Matrikulasi
Kadar yuran pendaftaran Matrikulasi terkini adalah seperti
berikut :-
Jurusan Sains
Program Satu Tahun : RM580
Kolej MARA : RM500
Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
Program Satu Tahun : RM530
Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
Program Satu Tahun : RM580
Kelebihan Dan Halatuju Matrikulasi
Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jumlah elaun pelajar adalah RM1,250 satu semester.
Pembayaran elaun akan diberi secara bulanan kepada pelajar sebayak RM250
sebulan
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti
Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata
Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi. Lulusan matrikulasi perlu memohon
melalui UPU atau Universit Malaya (UM) & Universiti Sains Malaysia (USM)
untuk mengikuti program peringkat ijazah tempatan. Mereka yang mempunyai
keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program
pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan
mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.
Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang
berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada
beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian
peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi
iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan
Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi
iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu,
Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi
Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan
Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi
Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi
adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM).
Program Ijazah
Sarjana Muda yang ditawarkan di UA yang menawarkan program asasi sendiri adalah
pilihan terbaik buat pelajar.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah
bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan
penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar dimana sebahagiannya disubsidi
oleh Kerajaan. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak
RM 1,250 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran
penginapan sebanyak RM 360 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon
melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka
akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.
Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program
peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang
ditetapkan.
Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh
pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa
selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah
dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar
berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa
depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat
diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah
bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan
penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh
memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos
pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu
atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU
atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga
universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika
memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Pelajar yang memilih program diploma tidak semestinya
mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
dengan mudah kerana tidak semua yang berjaya diterima mengikuti Program Degree
akan mendapat pengecualian. Ramai pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian
dari Tahun 1 (Semester 1) selepas menamatkan pengajian diploma yang biasanya
mengambil masa selama 2½ hingga 3
tahun.
Apa jua pilihan anda, belajar bersungguh-sungguh adalah
kemestian dalam mendapat keputusan yang cemerlang bagi mencapai cita-cita
kerjaya anda.
Sumber: Dikongsikan dari facebook , Kaunselor Halatuju &
Cikgu Kaunseling
Takrif Arkitek
Ilmu pengetahuan dan kepakaran yang bagaimanakah yang perlu
dimiliki oleh seorang Arkitek yang boleh melayakannya bergelar Arkitek ?
Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek µArkhitekton¶,yang bermaksud µketua tukang bina¶[Head builder ].Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai
seorang yang merekabntuk ,mentadbir dan
menguruskan pembinaan sesuatu bangunan .
Maka tugas utama Arkitek
bolehlah disenaraikan seperti
berikut :
1.Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
2.Menyediakan Lukisan Binaan,
3.Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang
ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk danLukisan Binaan,
4,Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja
binaan dimulakan,
5.Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor
dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabilakontraktor telah dipilih,
6,Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih
kontraktor yang bakal membina bangunan yang telahdirekabentuknya, dijalankan
sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan
7.Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan
perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apasahaja hal yang
berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam
bina.
Namun gelaran µArkitek¶
secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus
berkaitan dengannya pula, hanyalah layakkepada individu yang telah mendapat
pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang
dari limatahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah
diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibinamengikut peruntukan
mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri
atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya.
Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United
Kingdom [Architects¶
Registration Council of United Kingdom ± ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu
ada pada seseorang Arkitek:
i] Mencipta [to create],
ii] Merekabentuk dan merancang [to design and to plan];
serta
iii] Mengurus dan menyelia [to manage and supervise].Untuk
diikhtiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan yang mencukupi,terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang
senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas.Kewibawaan seseorang Arkitek
adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas
yangdisenaraikan di atas
Bidang seni bina berkait rapat dengan kehidupan seharian
kita. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran
manusia. Reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan
kehidupan manusia n-terupakan aspek yang penting di dalam seni bina. Seni bina
adalah seni dan sains sebuah bangunan.
Individu yang dilatih di bidang mi dipanggil arkitek.
Seorang arkitek itu dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan di dalam
unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya
dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi mi seorang arkitek itu bukan sahaja
dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan
dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati,
dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang.
Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan
yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna,
kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undangundang dan akta perancangan setempat. Seorang
arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan rnengawas pelaksanaan sesuatu
projek bangunan dan mula hingga ke akhir penyiapartnya.
Tugas seorang arkitek bermula apabila beliau diminta
menasihati atau menjadi tempat merujuk mengenai proses pembinaan sebuah
bangunan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
Peringkat Satu: Mereka Bentuk Bangunan
Menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan
sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran ke arah konsep reka bentuk bangunan
yang sesuai.
Peringkat Kedua: Merancang/Pengeluaran
Menyediakan pelan-pelan terperinci untuk kelulusan pihakpihak berkuasa tertentu dan
seterusnya membuat lukisanIukisan
kerja untuk memudahkan pembinaan. Pemilihan kontraktor untuk melaksanakan
pembinaan boleh dibuat melalui tender atau secara rundingan.
Peringkat Ketiga: Mengurus Projek
Mengawasi dan menyelia keija semasa pembinaan. Arkitek akan
bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat
dan kontraktor-kontraktor. Di samping itu, seorang arkitek merupakan orang
tengah di dalam perkara-perkara yang melibatkan empunya bangunan dengan
kontraktor seperti spesifikasi, mutu kerja, sijil pembayaran dan perkara lain
yang berkaitan.
Pada keseluruhannya, seorang arkitek harus dapat memberi
khidmat yang bermutu di dalam reka bentuk bangunan serta menentukan bahawa
kerja pembinaannya bermutu dan dapat disiapkan mengikut jangka masa, kualiti
dan kos yang telah dirancang.
Buat masa ini peluang kerjaya di bidang mi amat cerah sama
ada di sektor kerajaan atau swasta terutama di sektor pembinaan. Selain itu terdapat
banyak peluang di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sebagai pensyarah di
institusi pengajian tinggi seperti universiti dan politeknik.
Seorang siswazah arkitek biasanya akan bekerja dengan
firma-firma arkitek/jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Kebelakangan mi
akibat kepesatan pembangunan khususnya di bandar-bandar besar dan kemunculan
bandarbandar baru ramai arkitek yang
berkhidmat dengan pihak pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta
syarikatsyarikat yang terlibat dalam
industri bangunan. Manakala bagi mereka yang berpengalaman boleh membuka firma
sendiri.
Di sektor kerajaan, kerjaya ini mampu menawarkan gaji
melebihi RM1,400 serta beberapa imbuhan lain, manakala sektor swasta mampu
menawarkan sekali ganda gaji sektor kerajaan kepada seorang arkitek.
Sementara itu, pemegang Diploma Seni Bina boleh memegang
jawatan pembantu teknik di jabatan kerajaan/ badan-badan berkanun dan sebagai
pembantu arkitek di firma-firma swasta.
Semasa pengajian pelajar akan diajar tentang seni bina,
kejuruteraan bangunan, perancangan, ekonomi bangunan dan pengurusan serta
teknologi seni reka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan latihan di
bidang teknikal, pengurusan, pentadbiran pembangunan yang bertujuan memberi
peluang kepada pelajar menerapkan pengetahuan yang lebih luas. Mereka juga akan
menjalani latihan praktikal di pejabat atau firma arkitek bagi menimba ilmu.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i)
Mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion
(ii) Mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik
dan lukisan
(iii)
Memiliki daya imaginasi yang tinggi
(iv)
Memiliki kreativiti
(v)
Mampu menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan
(vi)
Mahir menggunakan komputer
(vii)
Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Sekiranya berminat untuk memilih bidang mi sebagai keijaya,
seseorang itu perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi
tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan
yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia
bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.
TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Kursus seni bina boleh diikuti sama ada di
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara IPT awam
tempatan yang menawarkan kursus mi ialah Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM),
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Selain itu, kursus
mi juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia,
New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syanikat.
SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang
mi:
Cara pertama: Untuk melanjutkan pengajian di bawah program
integrasi seni bina di UTM, pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional (SPMV). Mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata
pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti
pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan
di benarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
Cara kedua : Kementerian Pendidikan menawarkan program
matrikulasi sains selama satu setengah tahun sebelum pelajar ditawarkan, untuk
megikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina diUSM,UM, dan UIAM. Program ini
memerlukan calon peperiksaan peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian
bahasa Melayu, matematik serta serta tiga mata pelajaran yang lain.
Cara Ketiga : USM juga mengambil calon-calon lepasan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk terus melanjutkan pengajian ke
peringkat sarjana muda (Perumahan, bangunan dan Perancangan) selama tiga tahun
sebelum meneruskan pengajian selama setahun bagi program sarjana muda seni
bina. Cara ini memerlukan calon lulus SPM dan kepujian bahasa melayu. Calon
juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam
pelajaran matematik, fizik, ekonomi dan geografi.
Cara keempat : USM dan UTM juga membuka peluang kepada
lulusan sijil /diploma dari UPM, UTM, UiTM dan politeknik di bidang seni bina,
perancangan, ukur bahan, penilaian atau bangunan untuk melanjutkan pengajian di
peringkat sarjana muda.
Cara Kelima: Untuk
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan UIAM, calon perlu lulus
SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa Melayu.
Calon juga perlu lulis STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam
mata pelajran matematik dan fizik.
Cara Keenam : Calon
perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa
Melayu, matematik atau matematik tambahan, lukisan atau lukisan geometri dan
bangunan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke UiTM di peringkat
diploma dan seterusnya ke peringkat sarjana muda.
Cara Ketujuh : Untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah
di UiTM, calon perlu lulus sekurang-kurangnya dua prinsipal termasuk pengajian
am dan dia subsidiari termasuk lukisan di peringkat SPM. Selain itu harus lulus
bahasa Melayu dan Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Syarat
tambahan: Calon hendaklah lulus ujian melukis yang dikendalikan oleh pihak
fakulti.
Cara Kelapan : Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian
seni bina ini di luar negara, calon pelu lulus peperiksaan SPM/SPMV dengan
mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan
dan fizik. Program di luar negara mengambil masa selama lima atau enam tahun
bergantung kepada institusi yang menawarkan
Ada masalah untuk cari kerjaya pilihan? Ada masalah untuk mengetahui kerjaya yang sesuai atau anda sukai? atau Ada masalah untuk tahu lebih lanjut mengenai kerjaya? Jangan risau kami skuad PRS SAM10 akan menolong anda, teruskan ikuti perkembangan blog kami. Terima kasih.
DOKTOR PERUBATAN
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains
hayatberkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan
penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitandoktor
dan doktor bedah.Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan
pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik
kepada organ dan penyakit tertentu, samaseperti jawatan perubatan (profesi
medis).
Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan
penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial
kumpulanmanusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan
tersebut bagi merawat penyakit.Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira
sebagai perubatan (barat). Sistemrawatan maju selain perubatan Barat ialah
Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan CinaTradisional. Rencana ini akan
menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).Amalan perubatan moden
merupakan campuran antara seni merawat
serta berbagai-bagaisains. Perubatan mempunyai hubungan terus
dengansains kesihatandan bioperubatan.Dalam konteks lebih luas, "perubatan"
hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan
perubatan, pembedahan, lantasnya
mengatasi masalah penyakitdankecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan
tempatan terdapat satu persaingan yang hebat dimana terlalu ramai calon yang
layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanyamereka yang
mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam
SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus
cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai
kemungkinan untuk mendapat tempatdi universiti-universiti tempatan.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
· Berminat dengan profesion ini
· Sentiasa membantu pesakit
· Menguasai bidang sains dan matematik
· Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
· Tidak takut dengan darah
· Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan
pembedahan
· Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan
tempat
· Berkemahiran berkomunikasi dan
mengorganisasi dengan baik
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus
sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripadauniversiti yang di iktiraf
kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau
swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon
kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk
Provisional Registration
dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang
daripada 12 bulan dihospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah
siswazah layak untuk memohon
Full Registration
dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan
dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib
(Compulsory Service).
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANGMENAWARKAN KURSUS PERUBATAN
Syarat Kemasukan
A. Syarat Am
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
baik.
2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia di peringkatSPM/ setaraf .
3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains
UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00. ATAU Lulus peperiksaan STPM dengan
sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata
pelajaran lain
4.Mengambil Malaysian University English
Test (MUET)
B. Keperluan Khas Program
1.Matrikulasi Sains Hayat
·Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan Lulus
sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Biologi di peringkat
Matrikulasi KPM/Asasi
Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM,dan Lulus
sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimia di peringkat
Matrikulasi KPM/Asasi
Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.
2.Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM)
· Lulus
sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada
peringkat STPM/A Level
·
Kepujian mata pelajaranKimia pada peringkat SPM/O level,
· Lulus
sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada
peringkat STPM/A Level
·
Kepujian mata pelajaranBiologi pada peringkat SPM/O level,
· Lulus
peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran yang
dinyatakan di atas.
C. Kelayakan lain sebagai
ganti STPM
Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau
institusi yang diiktiraf
D.Lain-Lain Syarat Kemasukan
· Fasih berbahasa melayu.
· Mencapai umur 17 tahun pada tahun
kemasukan
· Taraf kesihatan yang memuaskan
· Memenuhi lain-lain syarat yang
ditetapkan oleh Universiti
E. Calon Bukan Warganegara Malaysia
Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.
SARJANA MUDA
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A
Level dalam mata pelajaran berikut :·
Kimia· Biologi· Fizik atau Matematik
ATAU
2. Lulus penuh
peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada
35dalam bidang Sains dan Matematik
ATAU
3. Lulus South
Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas
ATAU
4. Lulus Program Canadian International Matriculation /
Canadian Pre University dengan
CGPAtidak kurang daripada 3.50
Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi
UiTM
Syarat Am UniversitiLulus peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysiakertas Julai;
Dan Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
Dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test(MUET).
Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan
· Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
· Universiti Malaya (UM),
· Universiti Sains Malaysia (USM),
· Universiti Putra Malaysia (UPM),
· Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
· Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
Skop bidang kerjaya
Doktor Perubatan
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat
pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit
dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat
perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tandayang ditunjukkan oleh pesakit
dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikaluntuk
menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat
berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau
pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan
menasihatkan pesakit tentangcara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat
bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis
penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Keterangan Tugas
· Memeriksa pesakit untuk menentukan
keadaan penyakit;Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
· Menentukan ubat dan rawatan bagi
penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;
· Memberi rawatan perubatan atau
pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan ataukecederaan yang
tertentu;
· Memberi nasihat mengenai penyakit dan
menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;
· Mengambil bahagian dalam pembangunan
dan pelaksanaan undang-undang dan peraturankesihatan awam bagi melindungi dan
mempertingkatkan kesihatan umum;
· Mengajar penuntut perubatan dan
penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan
yang lain;Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
· Menjalankan tugas-tugas yang
berkaitan;Menyelia pekerja lain.
Ciri-Ciri Peribadi
· Perihatin terhadap manusia tentang
masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;
· Mempunyai sifat balas kasihan,
berakal, bertenaga, sabar dan tabah;
· Mempunyai pegangan kukuh akan
prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;
· Mempunyai kemahiran pemerhatian dan
analisis;
· Mempunyai emosi yang stabil dan
berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktukecemasan;
· Sihat tubuh badan, kebolehan mental
dan stamina fizikal
· Boleh menghadapi perubahan mengejut
dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;Berkemahiran berkomunikasi;
· Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana
ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup;
· Kemahiran dalam kebolehan pengurusan
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30
· ETP RM 165.00
· EKA RM 170.00
· Elaun Kritikal : RM 500.00
Sektor Swasta :
· Gaji Permulaan RM 5,500.00
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital
dan klinik di seluruh negara.Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di
hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagimereka yang telah disahkan
oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor
Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam
bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung,
kerongkong dan lain-lain.
SAINS AKTUARI
Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari? Seorang aktuari merupakan ahli
perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan
program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko
dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan
berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan
menganalisa data untuk membentuk
model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan
sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina.
Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu
menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat
insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli
matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan
perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian
meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri
insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik,
seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren
perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. [1]
Siapa yang sesuaiuntuk menjadi aktuari?
- Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
- Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit. Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
- Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
- Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
- Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan [1]
- Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan.
- Pandangan praktikal Minda yang sentiasa analitis.
- Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia.
- Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi
- Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari.
- Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic
- Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial,perundangan dan kesihatan[2]
Ini adalah sedikit sebanyak tentang sains aktuari di Malaysia. Mungkin apabila saya sudah
menyambung pelajaran di US saya bolehmenceritakan tentang kursus ini di sana
pula,insyaAllah. Tetapi setakat pengetahuan saya kini, subjek teras bagi sains aktuari ini
Ialah economics, calculus dan accounting.
Adik-adik yang mengambil aliran sastera di sekolah juga boleh mengambil kursus ini,
cuma perlu mendapat A dalam matematik dan matematik tambahan. Juga bagi sesiapa
yang mahu ke luar negara, pastikan Bahasa Inggeris dan Sejarah jangan diabaikan. Untuk
mendapat tajaan ke luar negara, pada kebiasaannya penaja menetapkan sekurang-
kurangnya 8A atau 8 1A. Jadi bagi yang sudah berhajat untuk ke luar negara, mulakan
langkah dari sekarang.
Plan your life!
No comments:
Post a Comment