Tips

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA


Hasil carian imej untuk piramid food

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan ’10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE’. Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.

Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:
  1. Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

  1. Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

  1. Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin

  1. Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

  1. Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

  1. Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

  1. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

  1. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

  1. Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

  1. Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.




TIPS BELAJAR SAAT AKHIR



Hampir semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum peperiksaan. 

Walaubagaimanapun, setiap orang ada kekuatan yang tersendiri. Ada yang boleh ulangkaji dengan lagu berdentum di telinga. Ada yang hanya boleh belajar dikala sunyi sepi. Anda perlu kenal terlebih dahulu situasi mana yang anda selesa. 

Kali ini saya akan kongsikan cara saya membuat ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Ya, saya adalah antara pelajar yang membuat persediaan di saat akhir untuk peperiksaan. Semua cara yang saya kongsikan ini adalah cara yang dahulu saya amalkan dalam jangka masa satu minggu sebelum peperiksaan. 

1. Semak jadual peperiksaan.
2. Buat latih tubi
3.  Tetapkan matlamat ulangkaji
4. Faham, bukan hafal
5. Masa rehat adalah penting
6. Tulis, jangan hanya membaca
7. Soal jawab dengan kawan

Pertama sekali, semak jadual anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana terlebih dahulu.

Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas sekiranya ada. Atau buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula. Kemudian buat latihan semula. 

Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji. Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut. Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.

Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan. 

Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5 jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar bilik atau rumah anda.

Baca satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri. Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta minta yang mudah anda fahami. 

Ada kebaikan dan keburukan ulangkaji saat akhir dengan cara ini. Kebaikannya adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda. Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Keburukannya adalah anda mungkin akan rasa 'down' kerana banyak lagi topik yang anda tidak tahu tetapi kawan anda telah baca dan faham. 


Itulah sebahagian yang saya amalkan semasa nak menghadapi peperiksaan dahulu. Lain-lain perkara yang perlu diamalkan adalah, sentiasa mulakan ulangkaji dengan bacaan doa, jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa untuk kejayaan. 

Perkara yang paling penting adalah, anda perlu sentiasa ingat bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Walau apa pun keputusan anda, jangan pernah putus asa untuk berusaha. Kejayaan bukan hanya diukur dengan kejayaan semasa peperiksaan atau kejayaan mendapat pekerjaan pangkat tinggi, tetapi kejayaan yang sebenar adalah kejayaan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain dan sentiasa hampir kepada Allah.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.


TIPS MEMBELI-BELAH

Masalah kenaikan harga barang seharusnya menyebabkan otak kita lebih kreatif atau lebih bijak ketika berbelanja. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak sedunia dan tekanan inflasi harus kita tangani terlebih dahulu dengan bertindak sendiri. 15 tips untuk anda membeli-belah. 

1) Menyenaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

2) Jangan membeli-belah ketika lapar kerana ianya mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

3) Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

4) Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus dan jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

5) Beli barangan keperluan secukupnya kerana pembelian yang berlebihan menyebabkan pembaziran.

6) Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

7) Elakkan daripada membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

8) Utamakan Barangan Buatan Malaysia dan berubahlah kepada produk generik.

9) Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.

10) Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

11) Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

12) Gunakan wang tunai dan mengelakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

13) Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

14) Pastikan barangan dalam berkeadaan baik seperti tin tidak kemek, plastik tidak terbuka dan kuantiti mancukupi.

15) Buatlah pilihan yang bijak dan ingatlah hak anda sebagai pengguna.

6 Cara Mudah Menabung
Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.
Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan 21 tips untuk menabung dengan mudah.

#1 Berikan duit kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Bunyinya seolah-olah dialog Haji Bakhil. Cuba tanya mana-mana penasihat kewangan, mereka akan bersetuju; pay yourself first. Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut dan bakhil, tapi jika kita tidak mempunyai apa-apa, bagaimana kita mampu membantu sesiapa

#2 Tetapkan matlamat menyimpan, satu matlamat dalam satu masa.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Inilah cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah. Saya katakan begitu kerana mempunyai sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung.
Bagi pelajar, sekolah atau universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja atau biasiswa hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja.
Tapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal. Bagaimana mereka mampu membeli benda itu?
Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat. Dengan sasaran yang jelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen yang dibelanjakan, semata-mata untuk mencapai hajat tadi.
Konsep inilah yang perlu kita bawa sehingga dewasa. Dalam alam pekerjaan dan berkeluarga terlampau banyak komitmen yang perlu kita penuhi. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan panjang, tetapi tidak terlampau banyak sasaran pada sesuatu masa.

#3 Tetapkan jangka masa tempoh menyimpan.

Antara cara menabung paling berkesan ialah dengan menetapkan tempoh masa tabungan. Kesinambungan dari contoh di atas, contohnya, ingin membeli peti ais dalam masa satu bulan. Maksudnya 30 hari. Apabila kita pecahkan begitu, kita akan lebih mudah mengenalpasti berapa ringgit sehari perlu dijimatkan dan disimpan.
Biasanya kita akan beli dahulu dan jimat kemudian. Itulah cara menyimpan yang salah.

#4 Tetapkan jumlah sasaran duit untuk disimpan.

Apabila kita telah tetapkan tujuan dan jangka masa kita akan menyimpan, kita perlu tetapkan pula berapa banyak sasaran simpanan kita. Contohnya kita memerlukan RM 5000 dalam masa 6 bulan untuk membeli sebuah motosikal. Lihat bagaimana tips menyimpan duit #2 hinga #4 ini menjadi satu.
Hanya dengan menetapkan jumlah sahaja barulah kita akan nampak cara untuk menyimpan duit pendapatan kita agar sasaran kita tercapai. Jika kita hanga menagmbil pendirian tengoklah berapa banyak boleh simpan, kemungkinan besar kita akan gagal menabung.

#5 Ketahui kemana wang kita dibelanjakan.

Cara yang paling selamat dan terperinci ialah mencatatkan setiap perbelanjaan, setiap hari. Jumlahkan perbelanjaan ini pada hujung bulan. Dengan itu, kita akan tahu jumlah sebenar dan untuk apa duit kita dibelanjakan. Petrol berapa, makan berapa, rokok berapa, berjalan jalan berapa, baju baharu berapa dan setersunya.
Apabila kita ada maklumat ini kita boleh mendapatkan cara menabung paling bekesan untuk diri sendiri. Apabila mahir, kita boleh ajarkan kepada ahli keluarga, agar semuanya tahu cara untuk menyimpan dengan bijak.
Cuba berikan kategori untuk setiap perbelanjaan. Contohnya apabila membeli beras, kita kategorikan sebagai keperluan rumah. Apabila pergi menonton wayang pula kita kategorikan sebagai hiburan. Jumlah duit yang telah dibelanjakan bagi setiap kategori akan memberitahu kita bagaimana wang kita dibelanjakan.
Sekiranya hiburan melebihi keperluan, kita seorang pembazir. Kategori yang paling penting ialah simpanan.

#6 Potong perbelanjaan yang tidak perlu.

Kali pertama ‘melihat’ kemana wang kita dibelanjakan, mungkin akan memberikan tekanan kepada kita. Pada masa inilah pelbagai soalan akan timbul.
“Kenapalah aku beli itu,”
“Kenapalah aku merokok,”
“Kenapalah tak boleh tunggu bulan hadapan,”
Ini perkara normal bagi manusia. Tugas kita disini ialah untuk memastikan kesilapan pada bulan semasa tidak berulang di bulan hadapan. Setiap kali hendak keluarkan duit, ingatlah kepada matlamat, jangka masa dan jumlah yang perlu disimpan.

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.


2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.


3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind settingakan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.


4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


...............................................................................................................


Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.




PRINSIP KEPIMPINAN YANG BERJAYA


  • AMANAH
  • BERDISIPLIN
  • BERANI
  • BIJAK
  • BERKHEMAH








TIP BERINTERAKSI DENGAN GURU





  1. Menghormati dan menyayangi guru dengan hati ikhlas adalah merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan hubungan inetraksi yang baik antara pelajar dengan guru.
  2. Ungkapan ' TERIMA KASIH CIKGU ' perlulah sentiasa diucapkan oleh semua pelajar bagi membuktikan penghargaan terima kasih kepada guru kita yang telah banyak mengajar kita.
  3. Meminta maaf kepada guru adlah amat perlu di amalkan selalu bagi memastikan ilmu iti diterima daripada guru serta mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
  4. Sentiasa mendokan kesejahteraan daripada guru.
  5. Menjaga hati dan perasaan guru,dan mendengar segala arahan guru yang diberikan.

" Hubungan pelajar akan lebih mulia apabila semua pelajar mengikuti segala tip-tip yang diberikan "


"TANPA GURU SIAPA LAH KITA"








TIPS MENCARI TEMAN SEJATI





  • ORANG YANG BERAKA-berkawan dengan orang jahil akan menimbulkan persengketaan.
  • BAIK DARI SEGI PERIBADI DAN AKHLAKNYA-elakkan daripada bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangai kerana ianya akan mempengaruhi kita.
  • ORANG YANG SOLEH-jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa besar dan kecil.
  • JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG SANGAT KASIH PADA DUNIA-kasih pada dunia disini bermaksud sesuatu perkara yang bertentang dengan suruhan ALLAH. jika berkawan dengan orang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
  • ORANG YANG BENAR PERKATAANNYA- janganlah suka berkawn dengan orang yang suka berdusta kerana itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. demikian itu akan membawa kepada kebinasaan.