Thursday, November 20, 2014

A BIG HUG FOR U.....

Assalamualaikum....mungkin dah terlambat untuk saya ucapkan selamat berjaya kepada Pelajar SAM Hulu Langat Amnya dan PRS khususnya dalam PT3, SMA dan SPM. Namun saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kalian..

Terima kasih tidak terhingga kepada semua Ahli PRS 2014 kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang BBK menjalankan program sepanjang tahun... Terutama kepada mereka yang selalu menolong Cikgu dalam menguruskan program terutamanya pelajar tingkatan 2 PRS. Terima kasih kepada Pengerusi PRS Nu`man, kerana banyak menolong menguruskan PRS, Naib Pengerusi PRS Amirah yang memberikan banyak idea dan kerjasama menguruskan program "Modul Bongsu PRS", kepada Setiausaha 1 PRS Faizul yang bertungkus lumus menggerakkan PRS disaat cikgu dah hilang daya dan usaha melihat kelemahan anda semua, kepada Setiausaha II Farhana kerana tolong menguruskan blog PRS. Selain itu, ucapan terima kasih kepada Natasya, shahrul dan Afiqah kerana berjaya menjalankan kerja anda dengan baik...

Kepada PRS tingkatan 4 - Bibi, Farah dan Farhana kerana banyak menolong menguruskan program BBK dan sedia berkhidmat. Kepada Anis, Izzati, Asyraf, Fudayl, Syafi dan Syakirin terima kasih kerana membantu menggerakkan program BBK terutamanya. Kepada pelajar PRS tingkatan 3 Azahani, Nadzirah, Samihah dan Farah kerana banyak membantu program tingkatan 3 serta Zahin, Nafiz, Nasrul dan Ilman kerana banyak membantu cikgu disaat diperlukan.

Special thanks buat new members ahli PRS tingkatan 2 terutamanya yaya, aka, illy, bad dan alya. tidak lupa pada faris, afnan, ridwan, sharif dan izzat kerana memberikan kerjasama yang baik dan banyak menolong cikgu disaat kami memerlukan. dan sebagai ahli baru anda memberikan komitment yang sangat baik sama seperti PRS tingkatan 2 2013 dan 2012.

Selain itu, terima kasih kepada  Biro Kajian Tindakan yang telah menyiapkan kerja anda dengan jayanya, kepada Biro BIM kerana telah menjalankan kerja anda dengan baik, Biro Kerja Amal kerana telah menolong cikgu mengangkat beg2 guru anda, Biro Mentor Mentee Asrama kerana telah menjalankan program mentor mentee asrama, Biro Ict kerana membuat movie maker dan blog...dan mana2 biro yang telah menjalankan tugas anda walaupun separuh jalan sahaja cikgu ucapkan tahniah kerana anda telah berjaya buat sesuatu sepanjang tahun 2014.

Sejauh pemahaman cikgu, kami sangat faham anda sibuk dengan pelajaran. Namun anda sepatutnya tahu bahawa sekali anda mengaku anda sebagai ahli PRS anda perlu menjalankan tugas anda dengan baik jika TAK MAHU DITANYA waktu anda di akhirat nanti.. dan saya sebagai guru anda terasa tempiasnya jika anda tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.

Baiklah, kita buka lembaran baru untuk tahun 2015 di mana InsyaAllah semua AJK Tertinggi akan dilantik oleh saya sendiri mengikut kemampuan anda.

Sekian, terima kasih semua dan selamat bercuti...

No comments: