Friday, February 3, 2012

Tarikh : 26 Januari 2012

Masa : 8.00 pagi-1.00 petang

Tempat : Dewan Sekolah

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran matematik tambahan

SUBJEKTIF

Program ini dirancang untuk memberi pendedahan teknik menjawab yang betul mengikut format peperiksaan awam, mengubah persepsi pelajar daripada sukar kepada mudah, menambahkan minat pelajar belajar subjek-subjek yang sukar dan memberi keyakinan pelajar semasa menjawab peperiksaan. Program ini bermula dengan taklimat kepada pelajar tingkatan 3 bekenaan subjek matematik oleh Encik Salehuddin. Kemudian, program diteruskan lagi dengan taklimat berkenaan subjek matematik tambahan kepada pelajar tingkatan lima.

OBJEKTIF

Program ini mempunyai objektif seperti berikut;

1. Memberi pendedahan teknik menjawab yang betul mengikut format peperiksaan awam.

2. Mengubah persepsi pelajar daripada sukar kepada mudah.

3. Menambahkan minat pelajar belajar subjek-subjek yang sukar.

4. Memberi keyakinan pelajar semasa menjawab peperiksaan.

PENTAFSIRAN (Assesment)

a) Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar dan pelajar turut memberi kerjasama.

b) Guru tidak ramai memantau pelajar dalam kawalan disiplin.

c) Pelajar memberi kerjasama ketika ceramah dijalankan.

MAKLUMAT PERANCANGAN (information planning)

  1. Masa yang diperuntukkan untuk program perlu dipanjangkan.
  2. Guru subjek perlu memberi kerjasama dalam memantau disiplin pelajar.
  3. Pelajar perlu mengambil program susulan.

Encik salehuddin memberi taklimat tentang teknik menjawab

Taklimat daripada Encik salehuddin guru pakar matematik

Pelajar sedang membuat latihan

Pelajar sedang memberikan tumpuan

No comments: