Saturday, February 4, 2012

LAPORAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Tarikh : 28 Januari 2012

Masa : 10.00 pagi-11.00 pagi

Tempat : Antara blok A dan B sekolah

Sasaran : Semua pelajar asrama tingkatan 1 dan 2

SUBJEKTIF

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara Pebimbing Rakan Sebaya dan pelajar tingkatan 1 dan 2 serta meningkatkan keyakinan pelajar tingkatan 1 dan 2 dalam menghadapi kehidupan da sekolah menengah yang penuh dengan cabaran ini. Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan aktiviti ‘ice breaking’. Kemudian, mentor membawa mentee masing-masing ke tempat yang diidamkan mereka. Seterusnya, semua mentee haruslah memperkenalkan diri masing-masing.

OBJEKTIF

Program ini mempunyai objektif seperti berikut;

  1. Merapatkan ukhuwah antara Pebimbing Rakan Sebaya dengan pelajar asrama tingkatan 1 dan 2.
  2. Meningkatkan keyakinan pelajar asrama tingkatan 1 dan 2 dalam menghadapi kehidupan di sekolah menengah.

PENTAFSIRAN (Asessment)

a) Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar dan pelajar turut member kerjasama.

b) Pelajar kelihatan berminat dan member respons yang baik.

c) Tiada guru yang memantau disiplin pelajar semasa program dijalankan.

MAKLUMAT PERANCANGAN (Information Planning)

  1. Masa yang diperuntukkan untuk program perlu dipanjangkan.
  2. Mentor haruslah menepati masa.
  3. Guru perlu member kerjasama dalam memantau disiplin pelajar.

No comments: