Tuesday, December 27, 2011

Senarai Program Lepasan SPM

 Assalamualaikum seisi jagat raya!


Seringkali lepasan SPM mendapat tawaran penganggur terhormat bukan? isy..isy..dalam seronok kita meraikan kelapangan waktu ini..bolehlah anda semua melakukan perancangan..Di sini disediakan beberapa maklumat untuk setiap yang insya-Allah sedang atau akan menjadi lepasan SPM.








Kelebihan Tingkatan 6 STPM

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya  :  
   dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan  
    prinsipal terendah.

* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja.   
    Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding 
    kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan 
     universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun 
     ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek    
    malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

* Sastera pun susah, sains pun susah.Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk berjaya ye! Dikatakan   
   peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan     
   sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my…     
   layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.





Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Ramai ingat kalau ambil  STAM ni akan jadi ustaz/ustazah sahaja.Jangan risau, lepasan STAM mempunyai peluang yang cerah sama seperti STPM.Pelajar yang mendapat keputusan 'mumtaz' boleh melanjutkan pelajaran di Mesir , Jordan ataupun Morocco.Bagi yang mendapat pangkat lain, anda masih lagi berpeluang besar di universiti-universiti tempatan dalam bidang Sains, Perakaunan, Agama dan sebagainnya.Pelajar SABK seperti Samten beruntung kerana dengan pencapaian cemerlang dalam SMA (sijil menengah agama ) boleh terus memohon STAM.STAM merangkumi 10 subjek.

Diingatkan juga STAM ini bertaraf diploma!Lepasan STAM ynag mendapat mumtaz berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir dengan syarat mendapat gred tententu dalam subjek sains.
Sesi pengambilan bermula bulan Januari dan perlu dimohon sebelum peperiksaan SPM untuk pengambilan pertama.Peperiksaan STAM pada bulan Oktober .

STPM dan STAM  layak untuk semua pelajar dan bertaraf diploma cuma suasanannya masih sebagai pelajar sekolah.Namun peluang amat cerah untuk ke IPT.




 Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Lepasan matrikulasi turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan sebagainnya di universiti luar negara dengan pencapaian cgpa 3.50 ke atas.

Kemasukan biasannya pada bulan





Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia 
(USIM) -Tamhidi dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.


ASSA

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Mulai 2010, kemasukan ke IPTA bermula pada bulan September.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Kemasukan biasannya juga pada bulan September.



Darul Quran
Terbahagi kepada dua :

Program pensijilan Darul Quran -UIA 

.kirannya sebelah kaki dah di UIA.Namun program ini melibatkan markah percubaan SPM dan hanya terbuka untuk jurusan Sains.
Pelajar harus melalui sesi temuduga . borang permohonan biasannya dibuka selepas percubaan spm dan temuduga akan dijalankan sebelum SPM.Tarikh kemasukan biasannya pada bulan Januari.
Pensijilan ini hanya mengambil masa setahun dan dalam tempoh itu pelajar dikehendaki menghfaz 30 juzuk Al-quran.

Program Diploma

Terbuka kepada apa jua jurusan.Diploma ini melibatkan tempoh tiga tahun untuk menjadi hafiz dan menggunakan markah SPM sebenar.Biasanya dibuka permohonan selepas SPM dan diuruskan sendiri oleh pihak Darul Quran.

Pelajar Darul Quran mendapat elaun pada setiap bulan sekitar RM 300.00.





Kami dari rakan -rakan PRS
mengucapkan 
selamat Maju Jaya 
buat semua lepasan SPM!





3 comments:

Unknown said...

Asasi tu mcam mna??

Unknown said...

Apa program pengajian yang ditawarkan untuk lepasan stam...adakah hanya boleh ambik bidang agama saja...mohon pencerahan

Unknown said...

Apa program pengajian yang ditawarkan untuk lepasan stam...adakah hanya boleh ambik bidang agama saja...mohon pencerahan