2011/12/22
PUTRAJAYA: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau
7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan
keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3408 pelajar
berbanding 2010.
TAHNIAH kepada semua pelajar tingkatan 3 2011 yang berjaya meraih straight A dalam keputusan PMR yang baru diumumkan tadi. tidak lupa kepada 52 orang pelajar SAM10 tingkatan 3 yang berjaya mendapat 9A. kami prs mengucapkan banyak-banyak tahniah kepada anda semua. semoga terus menerus mengharumkan nama SAM10. we love you all.
kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa, jangan mengalah, jangan mengeluh dan teruskan kehidupan korunk. apa yang ALLAH bagi ambil je. itu yang paling sesuai untuk kita. kalau ALLAH tak makbulkan doa kita, itu maknanya ALLAH tengah merancancang sesuatu yang lebih baik untuk kite. oleh itu, terimalah ketentuan ALLAH dengan seadanya. ALLAH takkan buat sesuatu tanpa sebab. pasti ada hikmah kenapa ALLAH bagi kita sesuatu benda itu. yang dapat 9A pula jangan nak berlagak, ingat 9A korunk tu milik ALLAH. jangan lupa buat sujud syukur.
No comments:
Post a Comment