Tuesday, March 18, 2014

KEMASUKAN KE DARUL QURAN 2014/15 - DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN SESI 2

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2014/2015

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz Al-Quran. Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
SISTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 Semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Industri Halal.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan BELUM BERKAHWIN.
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islam
  • Bahasa Arab
  • Lulus Bahasa Inggeris
atau; Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM.
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
UJIAN DAN TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
CARA MEMOHON
YURAN PENGAJIAN DAN BIASISWA
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM 2013 diumumkan.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi talian berikut :
  • 03-60635333,
  • 03-60635349,
  • 03-60635323
  • Faksimili : 03-60645497
# Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 05 Mei 2014 adalah dianggap tidak berjaya.

No comments: