Saturday, March 31, 2012

Lawatan PRS 2012

Tempat : Petro Sains & Pusat Sains

Tarikh : 29Mac 2012







Friday, March 23, 2012

tawaran dan peluang untuk lepasan spm 2011!!!






Assalamualaikum...

TAHNIAH !!! ,TAHNIAH DAN TAHNIAH !!!!

kepada calon SPM 2011 kerana telah berjaya meningkatkan kecemerlangan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia SAM Hulu Langat....
Mabruk alaikum....

"hari ini sesiapa boleh ketawa dengan keputusan cemerlang,
hari ini juga sesiapa boleh menangis dengan keputusan yang tidak baik,
tapi ingat everything can change...
berjanjilah anda akan do better in your life..."


tak tahu nak ambil jurusan apa?
keliru?

mari sini buat ujian kerjaya...
dengan menguji kecekapan,minat ,penilaian kendiri dan keputusan spm yang anda perolehi..
anda boleh mengetahui jurusan terbaik untuk anda ambil..

di sini disenaraikan beberapa tawaran dan senarai jurusan yang boleh dibuat semakan..

International Islamic University of Malaysia Foundation..

Inilah dia Program Asasi UIAM kepada lepasan SPM..
bolehlah baca senarai programAsasi di sini


sesuai jika nak menjadi peguam, penggubal undang-undang..

Economics and Management Sciences Programmes (Foundation)

sesuai jika ingin menjadi ahli perniagaan, pakar ekonomi

Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Programmes (Foundation)

sesuai jika ingi menyambung dalam psikologi,syariah,bidang komunikasi..


Uitm menawarkan banyak jurusan sama ada program Asasi mahupun diploma..
untuk pengetahuan, Uitm ni banyak cawangan dan kemudahan terutama untuk orang Melayu..


Program Tamhidi di USIM ini setaraf dengan program Asasi di universiti-universiti lain.
Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Muamalat..dan sebagainnya..
satu kelebihan kepada pelajar Samten kerana USIM mengambil kira subjek Bahasa Arab.




DERMASISWA mais Pusat Zakat Selangor

wah, lepasan SPM 2011 ramai yang mendapat A+, A dan A- dalam subjek Bahasa Arab, Pendidikan Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah..dermasiswa MAIS menawarkan tawaran belajar di Mesir dan Jordan kepada lepasan SPM dalam bidang PERUBATAN,PENDIDIKAN ISLAM dan BAHASA ARAB...
seronokkan dapat belajar di Bumi Anbiya'?

apatah lagi keutamaan diberikan kepada pelajar yang mengambil SijiL Menengah Agama..




Untuk pengetahuan Universiti Malaya antara universiti terbaik di dunia!


Buktikan anda mampu menjadi ahli profesional yang hafiz dan hafizah


untuk pengetahuan untuk memohon sila beli no pin di BSN


sila kemaskini kembali permohonan upu fasa ke -2 anda mengikut keputusan spm
lakukan pilihan bijak hasil daripada ujian kerjaya di atas tadi







Selamat mencuba!!!

Salam kejayaan dari rakan-rakan PRS..

SPM bukan titik terakhir untuk sesiapa
tetapi SPM titik bermula untuk semua...

Tuesday, March 13, 2012

Persatuan Bahasa Arab dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam, Kelab Webmaster & Redaksi, Kelab Khat & Kelab Tahfiz akan menganjurkan satu program gabungan bersepadu pada ketetapan berikut :

TARIKH : 4 - 5 APRIL 2012

JAM : 3.00 - 5.00 petang

Berikut adalah senarai pertandingan yang boleh disertai oleh semua pelajar SAM Hulu Langat :

1) PERSATUAN BAHASA ARAB

a) من ستجد الهدية Where The Prize Drops ?

Syarat Pertandingan :

- Setiap kelas wajib menghantar 2 wakil peserta

* Maklumat lanjut rujuk : Mohd Aqlan ( 5 Ibnu Sina )

b) الكلمات المتقاطعة Teka Silang Kata

Syarat Pertandingan :

- Setiap kelas wajib menghantar paling kurang 2 wakil peserta

* Maklumat lanjut rujuk : Nur Aisyah bt Mohamad Ibrahim ( 3 Bu )

c) الكاريكاتور Melukis karikatur dalam Bahasa Arab

Syarat Pertandingan:

-Terbuka kepada semua pelajar ( individu @ berkumpulan )

- Karikatur perlulah kreatif,menarik serta penggunaan uslub yang betul akan dikira sebagai pemenang

* Maklumat lanjut rujuk : Mohd Jazlan ( 5 Ibnu Sina )

d) تكميل العبارة الابدعية Slogan kreatif

Syarat Pertandingan :

- Terbuka kepada semua pelajar ( individu sahaja )

- Slogan tidak melebihi 20 kalimah dalam Bahasa Arab

* Maklumat lanjut rujuk : Nur Fatihah bt Bardan ( 5 Ibnu Sina )

e) تصميم المناظر للحكم والأمثال Pertandingan Banner Kaligrafi Arab

- Terbuka kepada semua pelajar ( individu / berkumpulan )

- Tempoh yang diberikan ialah 1 jam 30 minit sahaja

* Maklumat lanjut rujuk : Ustzh Siti Munyra / Wan NurLiyana Najwa ( 5 Ibnu Sina )


2) KELAB WEBMASTER & REDAKSI

a) مسابقة تصميم المواقع الالكترونية الاسلامية Pertandingan Rekacipta Laman Web/Blog

- Terbuka kepada semua pelajar ( individu/berkumpulan - 4 org shj )

- Tema berunsurkan Islamic/pendidikan ( bonus/keutamaan dalam Bahasa Arab )

- Peserta dibenarkan menggunakan apa juga perisian dan paparan tersebut boleh secara offline @ online

- Penyertaan / bahan yang telah siap boleh dihantar dalam bentuk softcopy / emel webmaster

* Maklumat lanjut rujuk : Zun Faislamshah Zun Izzudin (5 Al-Farabi)

b) مسابقة تصميم المناظر الطبيعية للمدرسة Pertandingan Fotografi Lanskap Sekolah

- Penyertaan berkumpulan ( 2 org shj )

- Gambar mestilah asli dan tidak diedit.

- Maksimum gambar yang diambil 3 keping shj

- Yuran penyertaan RM3

* Maklumat lanjut rujuk : Nurussaadah Muzammil (4 Ibnu Nafis)

c) مسابقة مقالات بثلاث لغات : الملايوية - العربية - الانجليزية Pertandingan Penulisan Karya ( BM,BI & BA )

- Karya mestilah asli ( akan dimuatkan dalam majalah sekolah )

* Maklumat lanjut rujuk : Fara Amira bt Jamalruhanordin ( 5 Ibnu Nafis )

d) مسابقة رأس موقع المدرسة الرسمي Pertandingan Rekacipta Header Laman Web Sekolah

- Terbuka kepada semua pelajar ( individu/berkumpulan )

- Format jpg/png dengan ukuran 1180 x 310 sahaja

- Kreativiti bebas

- Penyertaan / bahan yang telah siap boleh dihantar secara softcopy / emel ke webmaster

* Maklumat lanjut rujuk : Muhammad Syafiq Aiman b ShahrulNizam / Ustzh Hazarina bt Khalid


3) PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM

a) الألغاز الديني Kuiz Agama

- Terbuka kepada semua pelajar ( individu/berkumpulan )

* Maklumat lanjut rujuk : Mohd Amirul Arif ( 4 Ibnu Nafis )


4) KELAB TAHFIZ

a) لا تنس الفرقان " Jangan Lupa Al Quran "

- Terbuka kepada semua pelajar

b) هيّا هيّا " Jom..Selesaikan Hukum "

- Terbuka kepada semua pelajar

c) غَنِّ معا Mari Bernasyid

- Terbuka kepada semua pelajar

*Maklumat lanjut rujuk : Ahmad Fuad Mokhtar / Mohd Yusuf Zainuddin )


5) KELAB KHAT

a) مسابقة فن الخط العربي Pertandingan Kaligrafi Arab

* Maklumat lanjut rujuk : Donni Saputra b Afrizal


* PENYERTAAN BAGI SEMUA ACARA TELAH DIBUKA BERMULA 9 MAC - 3 APRIL 2012 TERUS KEPADA AJK PELAKSANA ATAU MELALUI EMEL - webmastersam10@yahoo.com.my


" AYUH SERTAI & SERLAHKAN BAKAT ANDA "

Monday, March 12, 2012


Oh Tudung Labuh:)



Tudung. Tudung. Tudung.

Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.

Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.

Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!

Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"

Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh..

Allah sayang saya. Amat sayang.

Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.

Allah masing sayang saya, terlalu sayang.

Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.

Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.

Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.

Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.

Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.

Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.

Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!



Haa..Kepada semua warga Sekolah Agama Menengah Hulu Langat,terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati artikel yang bertajuk " TUDUNG LABUH " ini.Saya berharap juga agar selepas anda semua membaca artikel di atas,anda tidak akan lagi merungut dan memberi seribu satu alasan kepada pihak sekolah dan unit disiplin sekolah agama menengah hulu langat mengenai pemakaian " TUDUNG LABUH " yang telah di tetapkan oleh pihak sekolah sebagai pemakaian rasmi sekolah..

Terima kasih juga kepada Pihak Lembaga Desiplin dan Pengawas atas pengurusan peraturan pemakaian sekolah dan semua peraturan sekolah yang di tetapkan oleh Sekolah.


TERIMA KASIH

KERANA SUDI MEMBACA:)

Saturday, March 10, 2012



SESI FOTOGRAFI
PEBIMBING RAKAN SEBAYA 2012

Tarikh : 9 Mac 2012

Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari






SENYUM SEINDAH SURIA ITU
ADALAH SEDEKAH:)



PRS SENIOR 2012:)

PROGRAM
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA(SPA)


Tarikh : 4 Mac 2012

Tempat :Dewan Az-Zamakhsyari SAM HULU LANGAT


Alhamdulillah,Badan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Batu 10
Telah menjayakan satu program khas untuk pelajar tingkatan 5 bagi memastikan mereka mudah untuk memiliki sesebuah pekerjaan di bawah tangguangan kerajaan..

Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :
  1. Melantik
  2. Mengesahkan dalam perkhidmatan
  3. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  4. Menaikkan pangkat
  5. Menukar
  6. Menjaga kawalan tatatertib
Latar belakang (SPA) :


MISI
Melantik penjawat awam yang berkualiti dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan awam dengan cekap dan berkesan.

VISI
Menjadi agesi peneraju dalam melantik penjawat awam yang berkualiti.

MOTTO
Mudah,cepat dan tepat.

OBJEKTIF

  1. Objektif program ini dijalankan adalah bagi memastikan fungsi melantik,mengesahkan,memberikana taraf berpencen,menaikkan pangkat,menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Pekhidmatan Awam Malaysia dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.

WAKIL DARI SPA MEMBERIKAN TAKLIMAT MENGENAI
LATAR BELAKANG SPA MALAYSIA KEPADA PELAJAR


PENERANGAN MENGENAI FUNGSI-FUNGSI DAN KEBAIKAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


WAKIL DARIPADA PENGERUSI PRS SAM HULU LANGAT
MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN BAGI MEMULAKAN
PROGRAM TERSEBUT