Saturday, September 17, 2011

salam kejayaan buat Puan Norjan


"Daun pandan , daun selasih,
saya ucapkan terima kasih,"

"intai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai padi antara nampak.
esok jangan rindu-rinduan"

"kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi."

itulah antara bait-bait pantun oleh Puan Norjan semasa memberi ucapan khas
sebelum meninggalkan samten buat seketika cuma.

setelah setia menabur bakti si SAMTEN selama 12 tahun,
sudah pasti sesuatu yang berat untuk dilakukan Puan Norjan meninggalakn samten.
beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kaunseling di Universitit Putra Malaysia
selama 2-3 tahun.
Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau!

sayu di hati Kaunselor kesayangan pelajar ini,
sayu lagi para pelajar..
masing - masing mengucapakan salam kejayaan buat cikgu..

bergambar sebagai kenang-kenangan besama pelajar tingkatan 5


sudah pasti kehilangan Puan Norjan amat dirasai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
terutama sekali barisan PRS .
Sibuk menyempurnakan sambutan hari raya sekolah ,
guru tercinta tetap dirai.
semoga barisan PRS akan lebih berdikari dan sentiasa optimis untuk menjalankan peranannya .
jangan lupa membantu Puan Zalita!

Puan Norjan bersama kepimpinan PRS 2011.

Buat Puan Norjan:
semoga cikgu sihat selalu..
dan dipermudahkan urusan oleh Allah..
Lazimnya cikgu menghulur salam kejayaan buat kami,
kini selamat maju jaya khas buat cikgu..

"kalau garam memanglah masin,
kalau rindu datanglah samten,"

"generasi demi generasi,
nama samten kian meniti,
patah tumbuh hilang berganti,
pengganti Puan Norjan tak boleh dicari"

"Al-falah samten punya majalah,
untuk cikgu Norjan bittaufiqwannajah"

tak dilupakan Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Zalita bt Ahmad
yang melangsungkan perkahwinan pada 4 September lalu..
moga bahagia ke akhir hayat..
Insya-Allah



No comments: