Sunday, February 6, 2011

Orientasi Tingkatan 1 2011

Assalamualaikum..
Nampaknya adik-adik junior SAMTEN telah memulakan sesi persekolahan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga Sam 'Asyara.. Lazimnya, pihak Badan Bimbingan & Kaunseling akan mengadakan program Orientasi bagi adik-adik Tingkatan 1 bertujuan untuk memebri pededahan kepada mereka tentang struktur sekolah di samping menjadi medan taaruf pelajar-pelajar Tingkatan 1 antara satu sama lain dan juga dengan guru-guru SAMTEN. Ayuh kita tinjau sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan !

Tarikh : 3-5 Januari 2011
Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari


Day 1 :)

>Sesi pendaftaran
>Taklimat dan ucapan para guru
>Aktiviti Ice Breaking
>'Tour' di sekeliling sekolah bersama PRS Ting. 3

Ibu bapa & para pelajar yang tekun mendengar taklimat guru..


Antara guru yang memberikan taklimat..


Day 2 :)

>Aktiviti BINGO
>Aktiviti 'Kenali Guru Anda'
>Explorace Alaf Baru

Hari kedua orientasi dimulakan dengan nyanyian Lagu Sekolah diketuai oleh saudara Loqman bin Ibrahim..


PRS Tingkatan 4 bersedia menanti kumpulan masing-masing..



tekun mendengar arahan Facilitator..

Sesi pembentangan hasil kumpulan..


Trademark kumpulan yang menarik dan pelbagai !

Taklimat Explorace oleh saudari Che Nadia..

Sedikit sebanyak suasana di lokasi checkpoint Explorace Alaf Baru..

Day 3 :)

>Slot Pelajar Cemerlang & Minda Perdana Menteri
>Sesi Pembentangan & Soal jawab hukum-hakam agama oleh PRS Ting. 5
>Majlis Perasmian Penutup

Persembahan pentomin oleh pelajar lelaki Ting. 1..Persembahan sajak daripada adik Tingkatan 1..
Penyampaian hadiah oleh Bonda Pengetua, Puan Siti Zubaidah..


Alhamdulillah, orientasi Tingkatan 1 pada tahun ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Ribuan terima kasih & penghargaan diucapkan buat guru-guru dan para pelajar yang terlibat dengan program ini, khususnya ahli PRS yang telah membantu pada sepanjang perjalanan program ini terutamanya kepada PRS Tingkatan 3 yang telah membantu sejak hari Ahad. Semoga aktiviti orientasi ini menjadi titiktolak permulaan yang hebat bagi adik Tingkatan 1 di Bumu SAM 'Asyara ini...

No comments: