Saturday, February 19, 2011

jom basahkan gusi !

ASSALAMUALAIKUM!
setelah sekian warga samten berpenat lelah ber'amal islami" ,menyiapkan kerja sekolah dan apa-apa jua ,marilah kita berehat-berehat sambil melayani sedikit ayat-ayat yang mencakar hati dan membasahkan gusi...
BIJRIN
Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.
Si ibu: "Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan.
Nanti ikan semuanya akan mati".
Dengan wajah pucat Udin menjawab
, "Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?". kenapa bu? kenapaaaaa
Si ibu: @#^%@^!!
CACING
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing inikedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan sayamasukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akanmasukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya."Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??"Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...
BULAN
Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
ANAK MANJA
Datin Jenet adalah ibu kepada Fasha.
Beliau hendak mendaftarkan Fasha ke sebuah sekolah baru.
Kerana Fasha adalah anak kesayangannya,
maka Datin Jenet memberikan penerangan yang panjang lebar kepada
guru Fasha di hari pertama Fasha masuk sekolah.
"Fasha adalah seorang anak yang sangat sensitif dan perasaannya sangatlah manja dan halus," Kata datin Jenet.
"Jadi tolong jangan sesekali menghukum dia.
Kalau Fasha nakal, pukul saja pelajar yang duduk di sebelahnya.
Itu sudah cukup untuk membuatkan Fasha takut."
p/s : rakan PRS - minta maaf seandainya terkasar bahasa,
ini hanya lawak semata-mata tidak ada kena- mengena dengan sesiapa..
sekadar santai-santai pada hujung minggu..

No comments: