Saturday, April 10, 2010

Salam Perpisahan Buat Ustazah!!!

Tanggal 31 Mac 2010.....


seluruh warga SAMHUL diselubungi kesayuan kerana pada hari ini,seorang guru yang amat dicintai akan meninggalkan SAMHUL/SAMTEN.Selama 27 tahun Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Batu 10,Cheras menjadi saksi kegigihan seorang guru tanpa jemu mendidik anak bangsa....


Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Jamaliah Binti Mustapha!!! Sinonim sebagai guru Bahasa Arab, ustazah memperuntukkan hampir seluruh tempoh hidupnya sebagai seorang guru di SAMTEN seawal penubuhan sekolah ini lagi.



Ustazah Jamaliah diiring keluar dari dewan makan seusai jamuan.

Oleh itu ,satu majlis khas telah diadakan untuk ustazah sebagai kenang-kenangan dan menghargai jasa ustazah yang tidak terbalas.



beginilah gayanya bila dah kenyang...


Jamuan meraikan ustazah...


Guru-guru SAMTEN sedang asyik menikmati hidangan..


Sempat memberikan pose sambil menunggu jamuan bermula..

senyuman comel Cikgu Maizaroh!!!!


kalau guru-guru sedang berjamuan dengan ustazah,macam mana dengan pelajar-pelajar??

seronoknya cikgu tak de...T_T

Eh,banyaknya hadiah!!!,4 barisan kepimpinan sekolah sedang sibuk menguruskan hadiah yang diberikan oleh para pelajar dan guru-guru.



Bunga mawar bunga selasih;
harum baunya menggamit merpati,
mawar merah lambang kasih,
buat ustazah lambang cinta di hati,


kelihatan para pelajar dan guru sedang bersedia dan melakukan persiapan di dalam dewan untuk meraikan ustazah...

Barisan pengerusi majlis turut melakukan persiapan yang sebaiknya agar majlis berlangsung dengan meriah..

wow,macam belon party : 0...konsep birthday party telah digunakan melambangkan jiwa muda pelajar SAMTEN...


Laluilah jalan yang lurus!!!!!


Laluan permaidani merah yang tersedia menyambut kehadiran yang diraikan.


Guru-guru juga sudah bersedia...

Bila ustazah nak sampai ni?????


jeng-jeng....
Kompang dipalu....
pengantin baru...


Ustazah Jamaliah diiringi guru-guru masuk ke dalam dewan...

ada kedzzzzutan menanti ustazah ...dalam dewan tu....



Ustazah Jamaliah sebak kerana terkejut dengan majlis yang meriah ini.



kelihatan dari kiri YDP PIBG SAMTEN. Terima kasih daun keladi!!!!


Fokus menanti debar yang ada....masa terus berlalu...masing-masing sayu dengan majlis ini..



dari sisi belakang yang penuh dengan rahsia...



Tayangan slide show tentang biodata dan perjuangan ustazah..




"Kamu lebih hebat daripada pelajar sekolah biasa kerana kamu seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi"
pesan ustazah yang tersimpan kemas di hati..


Pelajar-pelajar dan guru-guru SAMHUL amat bermurah hati memberikan hadiah tanda terima kasih kepada ustazah...tengok di bawah antara hadiah yang diberikan kepada ustazah..

































perarakan masuk hadiah dan saguhati ustazah.....
(takut tersekat dekat gerbang tu)

ucapan terakhir ustazah ....

guru-guru menyampaikan hadiahkepada rakan seperjuangan yang akan pergi..

menandatangani buku kedatangan guru buat kali terakhir...

wajah yang penuh dengan kasih sayang..

bergambar kenangan bersama semua guru..gandingan guru senior dan junior yang sentiasa menggegarkan samten

tiga sahabat karib..


pelukan seorang sahabat...

ratu air mata..puan Noraini tidak dapat menahan sebak..

hanya mampu memandang..

mokdek (pengusaha kantin)juga turut merasai kehilangan....

giliran pelajar memeluk hiba seorang guru yang pernah mendidiknya..

salam terima kasih ustazah...

wajah penuh keibuan...

wajah yang penuh dengan kebaktian...


lambaian para pelajar...


kalau biasanya cincin melambangkan sebuah perkahwinan atau percintaan,cincin yang sedang dipakai oleh Ustazah Jamaliah ini adalah pemberian warga SAMTEN kepada ustazah sebagai lambang cinta yang tulus buat ustazah yang tanpa jemu menabur bakti.



Lihatlah ekspreasi muka oleh Adieka(baju biru)..betapa sedihnya bagai menahan tangisan yang tersimpan..semua pelajar sayu melambai pemergian ustazah tercinta....
















seluhur kasih pelajar SAMTEN mengungkapkan ucapan kasih tak terhingga.....
kami sangat sayangkan ustazah!!!!!!!!!!!!!!















Kenakalan kami,ustazah balas dengan lembut sabar
kehilangan seorang guru yang diratapi,















lambai-lambai cikguku sayang,
kalau rindu mehlah datang....

1 comment:

Unknown said...

pesan dan doa ustazah buat saya masih terngiang - ngiang di telinga saya... ustazah Jamaliah mungkin sudah tidak ingat saya... tapi jasa ustazah terpahat teguh dalam sanubari saya...Ya Allah bersaksikanlah..aku juga anak muridnya... doaku agar ustazah sentiasa dikelilingi bahagia di dunia hingga akhirat..aamiin.. love you ustazah..