Wednesday, April 21, 2010

yayasan aL-Jenderami penyambung pengajian pondok..




Melangkah masuk ke Yayasan Al-Jenderami membuatkan diri seolah-olah bagai berada di satu alam lain dek kerana ketenangan dn kedamaiannya.Yayasan yang tersorok di sebalik perkampungan lama ini umpama dunia bunian buat yang pertama kali mengetahui kewujudannya.



seawal jam 9.00pagi lagi,rombongan telah menjejakkan kaki ke yayasan Al-Jenderami
yang mungkin namanya diambil sempana terletak di Jenderam,Selangor.Mula-mula
sampai lagi kami telah disambut oleh dua orang wanita muslimah yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami.


Yayasan ini bukan sekadar berfungsi sebagai sebuah yayasan kebajikan malah pusat pengajian ilmu agama yang berkonsepkan sekolah pondok namun dalam suasana yang moden.



teruja apabila diraikan dengan qasidah ahlan wasahlan oleh anak-anak yatim dari yayasan ini.
"ahlan wasahlan binnabi......"


ucapan yang penug semangat dan bermotivasi Puan Norjan yang menyuarakan kekagumannya.

kubah inilah yang membuatkan semua terkebil-kebil ...x percaya ada kubah secantik ini..ingatkan dalam masjid.Keseluruhan pembinaan yayasan ini berkonsepkan masjid Nabawi.

Hebat lagi,x ada satu sampah pun yang dijumpai..




ucapan daripada wakil yayasan..gaya yang penuh warak padahalbeliau merupakan seorang korporat!!!



antara binaan lain yang mengagumkan..macam boleh dijadikan yayasan ini sebagai
7 wonder in selangor..





anda nampak x guru yang berpakaian putih itu?

beliau baru sahaja berusia 14 tahun!!!
tapi sudah mampu mengajar kitab..
masih bersila seperti sekolah pondok tetapi kawasan yang lebih kondusif..







ketenangan sebuah pusat ilmu yang sukar digambarkan.Menurut fakta dan gambar yang diceritakan tempat ini sering menerima kunjungan u8lama-ulama yang muktabar..






pose istimewa daripada ketua PRS...di belakang ialah ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis di atas kulit.


di dalam yayasan ini turut disediakan hotel..dengan perkakas ringkas serba mencukupi seperti penghawa dingin.apa yang menarik di dalam setiap bilik air disediakan kain basahan!!!
Harga bilik semalam adalah RM 80 dan wajib menyeertai program ilmu di yayasan.





Penginapan buat warga emas yang datang menuntut ilmu.
penginapan yang disediakan sangat selesa dan semua warga di yayasan mempunyai jalinan
ukhuwwah yang sangat baik.Kesungguhan warga emas ini menguatkan semangat kami untuk
lebih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu...
hadis nabi,."tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad!"




pengajian kitab buat muslimat yang kebanyakkannya datang dari negara -negara jiran seperti
Thailand dan Kemboja di bawah program yayasan.Apa yang membuatkan kami kagum adalah matlamat pusat pengajian wanita ini sendiri yang bermatlamatkan untuk "melahirkan puteri-puteri yang dapat memahami dan mengajarkan kitab"
jarang sekali kita mendengarkan institusi pendidikan yang bermatlamat murni ini...

semangat menunutut ilmu tetap kuat walaupun berjauhan daripada keluarga....




sekilas panorama daripada sudut yang lain..


puteri-puteri PRS sempat merakamkan kenangan di tempat yang hanya didiami oleh perempuan ini.Semoga llahir juga dalam kalangan pelajar puteri SAMTEN yang mampu mambaca kitab.

dah nak pulang....adik-adik pun dah balik dari kelas...



masing-masing bersiap untuk pulang....


barisan tingkatan lima yang tak nak kalah bergambar...


tahukah anda????

semasa kami mendengar taklimat daripada wakil yayasan dan melihat tayangan multimedia,kami telah diberikan air kotak buah-buhan yang sejuk setiap seorang...
biarpun itu sudah mengagumkan kami tetapi ada sesuatu yang berlaku yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila...
tiba-tiba datang beberapa orang anak-anak kecil yang menyusun kasut-kasut kami
sekemas-kemasnya.Perkara yang kecil sebegini pun dipraktikkan mengikut cara islam jelas mebuatkan yayasan Al-Jenderami amat terbilang sebagai sebuah pusat ilmu...
Dan amalan menyusun kasut ini kami praktikkan di sekolah bermula daripada bilik kaunseling sendiri.Oleh itu marilah kita mengamalakan cara islam meskipun dalam sekecil-kecil perkara

seperti menyusun kasut"

sekalung penghargaan buat pihak yayasan Al-Jenderami kaunselor SAM10 dan semua PRS..



6 comments:

Unknown said...

InsyaAllah akan kesana membawa anak perempuan kami.Amin.

Hajah Rahmah Ali 012-6268030 said...

Alhamdulillah bagusnya yayasan ini..terpaut hati ingin melawat ke tempat ini.. inn syaa Allah di suatu hari nanti..

Unknown said...

Assalam ..tumpang tanya ada tk sek utk ank perempuan.sbb saya d fhm kan hanya pelajar lelaki.minta penjelasan.

Unknown said...

Assalam ..tumpang tanya ada tk sek utk ank perempuan.sbb saya d fhm kan hanya pelajar lelaki.minta penjelasan.

Unknown said...

Boleh ke terima warga emas yang ingin belajar agama di Pondok ini untuk 2 - 3 minggu sahaja?

Unknown said...

Assalamualaikum.. Boleh ke terima warga emas yang ingin belajar agama di Pondok ini untuk 2 - 3 minggu sahaja?